

* Ladies only *
An in-depth inquiry on the 6 pillars of faith - faith in God, His Angels, His Books, His Messengers, the Day of Resurrection, Qada' and Qadar - using the book "Ilmu Tauhid" penned by Ustaz Hj Muhd Taha Suhaimi, may Allah bless his soul.
This course will be conducted in Malay.
~ ~ ~
An excerpt from the book "Ilmu Tauhid" :
"Satu lagi tanda hampir Kiamat itu: Matahari akan terbit daripada Barat.
Sedia maklum bahawa mengikut penglihatan zahir, pada tiap-tiap hari matahari terbit daripada timur, berjalan di angkasa bumi lalu terbenam di barat, tetapi pada hakikatnya ialah bumi yang bulat ini berpusing seperti gasing di angkasa selama 24 jam sekali pusing daripada barat ke timur selaju 1000 batu (atau 1600 kilometer) sejam.
Sekiranya, pada penglihatan zahir, matahari terbit daripada barat ke timur maka yang demikian bererti bumi berpusing selaju 1000 batu satu jam itu berpusing balik daripada timur ke barat pula. Jika berlaku begini nescaya semua apa yang ada di muka bumi akan terhumban ke angkasa berpuluh-puluh batu atau beratus-ratus batu jauhnya dan akan jatuh semula terhempas ke bumi dan mungkin tidak terdapat lagi manusia dan binatang masih hidup di bumi ini. Jika begitu maka peristiwa matahari bertukar arah perjalanannya daripada barat ke timur itu ialah sudah pun mewujudkan KIAMAT itu sendiri, bukan sebagai TANDA sahaja bagi hampir kiamat."