

Pengutusan Nabi Muhammad s.a.w. merupakan rahmat bagi sekalian alam. Ajarannya mengenai nilai dan etika yang dipamerkan menerusi perwatakannya yang indah merupakan lambang keunggulan dalam kelakuan baik dan nilai-nilai moral yang wajar dicontohi bagi setiap Muslim.
Dalam memupuk warisan Baginda yang berkekalan pada masa kini, modul ini akan meneroka personaliti Nabi Muhammad s.a.w. dengan mengkaji keperibadian, perwatakan, nilai dan akhlak yang dimilikinya. Tumpuan khas akan diberikan kepada kajian kehidupan Rasulullah dalam konteks kehidupan hari ini.