Quantcast
Channel: IslamicEvents.SG
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1034

Seminar Rahsia Susunan & Kedudukan Al Fatiha

$
0
0
12 July 2014, 12pm - 6pm - Sultan Mosque, Auditorium
Seminar ini untuk peserta, pelajar dan pencinta Al Quran yang benar-benar ingin fahami Surah yang terkenal ini.

Sebagai seorang Muslim, kita membaca surah Al Fatiha sekurang-kurangnya 17 kali sehari dalam solat kita.

Adakah anda hanya melafaznya dan membaca sahaja?

Tanyalah diri anda dengan sebenar-benarnya. Ketika baca surah Al Fatiha, anda faham ke apa yang dibacakan? Bayangkan dari kecil hingga dewasa, anda baca sahaja surah itu tetapi tidak mengenal makna dan rahsia disebaliknya.

- Pernahkah anda tanya apakah sebenarnya Allah swt hendak kita memahami dalam kandungan itu?

- Tahukah anda Allah swt sedang menjawab segala bacaan kita?

- Tahukah anda kaitan surah Al Fatiha dengan perlaksanaan Ramadhan?

- Tahukah anda bahawa isian Al Fatiha hidup di dalam diri anda di bulan Ramadhan?

- Pernahkah anda tanya mengapa struktur surah Al Fatiha sebegitu?

Mari kita bongkar rahsia-rahsia dan mendalami Surah Al Fatiha di dalam seminar ini.

Penceramah: Ustaz Syed Nasir Omar Alsagoff

BA University Al Azhar Jurusan Tafsir
Penyusun Al Qur'an Waqf Wa Ibtida Singapura
Penyusun Kitab Memahami Perkataan-perkataan Al Qur’an





Viewing all articles
Browse latest Browse all 1034

Trending Articles